Kawasan segi tiga Segi Tiga Bermuda

Sempadan Segi tiga Bermuda berbeza menurut pendapat pengkajinya; sesetengah menyatakan bentuknya menyerupai trapezium meliputi Selat Florida, Bahamas, dan keseluruhan pulau Caribbean timur Azores sesetengah yang lain menambah Teluk Mexico sebagai sebahagian daripada kawasannya dan lautan hindi Lautan Hindi Sempadan segi tiga yang lebih biasa digambarkan dalam buku mempunyai titik sempadannya di pantai Florida Lautan Atlantik; San Juan, Puerto Rico; dan pulau Bermuda tengah Atlantik, dengan kebanyakan kejadian misteri itu tertumpu pada sempadan selatan sekitar Bahamas dan Selat Florida serta Lautan Hindi.

Kawasan ini merupakan salah satu laluan kapal yang tersibuk di dunia, dengan kapal-kapal merentasi di atasnya setiap hari untuk ke pelabuhan di Amerika, Eropah, dan Kepulauan Caribbean. Kapal pelancongan turut banyak tersedia, dan kapal persiaran sering berulang-alik antara Florida dan kepulauan tersebut. Ianya turut merupakan laluan yang paling banyak dilalui oleh kapal terbang persendirian mahupun perdagangan yang menghala ke arah Florida, Caribbean, dan Amerika Selatan dari titik utara.

Arus lautan Arus Teluk mengalir melalui Segi tiga Bermuda selepas meninggalkan Teluk Mexico; arusnya sekuat lima hingga enam knot mungkin memainkan peranan dalam beberapa kehilangan. Ribut mengejut mampu dan pernah muncul, dan pada musim panas sehingga akhir musim luruh kadang-kala hurikan menghentam kawasan tersebut. Gabungan antara laluan laut sibuk dengan cuaca tidak menentu menjadikannya tidak mustahil kapal mampu karam dalam ribut dan tenggelam tanpa sebarang kesan – terutama sebelum teknologi komunikasi, radar, dan satelit dipertingkatkan pada akhir abad ke-20.[4]

Rujukan

WikiPedia: Segi Tiga Bermuda http://www.monash.edu.au/pubs/monash-news/2003/bub... http://www.aquaexplorers.com/Bermuda_shipwrecks.ht... http://www.docksideconsultants.com/wavessup.html http://translate.google.com/translate?u=https://en... http://www.graveyardoftheatlantic.com/Deering/CADe... http://www.scifi.com/trianglesecrets/ http://strangegr.tripod.com/strangeandparanormalac... http://www.physics.smu.edu/~pseudo/BermudaTriangle... http://woodshole.er.usgs.gov/project-pages/hydrate... http://woodshole.er.usgs.gov/project-pages/hydrate...